Lambang Pengakap Malaysia

pengakap.gif (7902 bytes)
Pengertian

a) Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud "Persetiaan Pengakap" iaitu:-" taat kepada Tuhan,Raja dan Negara" , "Menolong orang setiap masa" , "menurut undang-undang Pengakap".

b) Di dalam kedua-kedua kelopak terdapat bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.

c) Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"

d) Bintang pecah 14  yang terdapat di tengah kelopak melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"

d) Bulan Sabit yang terdapat di bawah kelopak menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".

e) Lingkaran Tali berwarna biru tua melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".

f) Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap.
kuning - "Pengakap Kanak-Kanak", hijau "Pengakap Muda", merah "Pengakap Remaja"

g) Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.