Make your own free website on Tripod.com
 

Lambang (Jata) Malaysia terdiri dari:-

a) di sebelah atas terdapat simbol bulan sabit dan bintang pecah 14. Bulan sabit melambangkan Agama Islam sebagai Agama rasmi negara, bintang pecah 14 bermaksud, negara terdiri dari 13 buah negeri dan sebuah wilayah persekutuan.
(Warna kuning ialah warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja)

b) di bawah bulan sabit dan bintang terdapat 5 bilah keris. Keris melambangkan Negeri-Negeri Melayu tidak bersekutu (yang mempunyai sultan).Negeri-negeri berkenaan ialah:- Johor,Kedah,Perlis,Kelantan,Terengganu).

c) Terdapat empat warna di bawah kumpulan keris.Warna-warna itu ialah:- merah,hitam,putih,kuning.Warna-warna ini melambangkan Negeri-Negeri Melayu bersekutu.Negeri-Negeri itu ialah :- Selangor,Perak,Pahang,Negeri Sembilan.

d) Di sebelah kanan perisai terdapat pokok Melaka,di sebelah kiri pokok Pinang.Pokok Melaka menandakan Negeri Melaka,pokok pinang dan jambatan melambangkan Negeri Pulau Pinang
( Penang)(Dahulunya disebut sebagai Negeri-Negeri Selat yang diperintah oleh Gabenor).

e) Tiga bahagian di sebelah bawah perisai melambangkan Negeri Sabah (Kanan) ,Kerajaan Persekutuan (Tengah), Negeri Sarawak (Kiri)

f) Di sebelah kiri dan kanan perisai terdapat dua ekor harimau.

g) Cogan kata Jata Negara ialah "Bersekutu Bertambah Mutu" (Terdapat dalam tulisan Jawi dan Rumi)